RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas.
"Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.
Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilometer (KM) 355.749 di antara Rawang dengan Kuang, menyebabkan alat talian atas terputus.
"Kren binaan itu mendap di kawasan pembinaan dan menjadi condong ke arah landasan menyebabkan bahagian atas kren telah beralih lalu mengakibatkan sebahagian struktur bahagian kren itu bersama-sama kabel dan komponen patah dan jatuh pada alat talian atas dan landasan kereta api," katanya.
Mohd Rani berkata tiada sebarang kecederaan terhadap penumpang dan kakitangan akibat kejadian itu, namun ia menyebabkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah Klang bagi laluan KL Sentral - Tanjung Malim - KL Sentral serta tren kargo terganggu dan mengalami kelewatan melebihi dua jam daripada jadual asal.
"Jumlah penumpang yang terjejas semalam adalah sebanyak 10,000 orang meliputi 7,000 penumpang komuter dan 3,000 penumpang ETS.
"Oleh itu, sehingga operasi tren kembali pulih, KTMB menjangkakan 20,000 penumpang komuter dan 10,000 penumpang ETS akan terjejas melibatkan 32 perkhidmatan ETS dan 46 perkhidmatan komuter bagi sektor Tanjung Malim - Pelabuhan Klang - Tanjung Malim," katanya.
Mohd Rani berkata sebagai langkah awal, KTMB telah membuat isolasi terhadap bekalan elektrik pada laluan yang terjejas bagi memastikan kawasan insiden selamat untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih dan mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
KTMB juga menyediakan 24 bas perantara kepada para penumpang terjejas untuk membawa mereka ke stesen berdekatan bagi meneruskan perjalanan.
"Buat masa ini, perkhidmatan ETS laluan Padang Besar - Gemas, tren ditamatkan di Stesen Tanjung Malim, (dari stesen itu) penumpang akan dibawa menaiki bas perantara yang disediakan dari Stesen Tanjung Malim ke Stesen Sungai Buloh bagi (membolehkan penumpang) meneruskan perjalanan ke KL Sentral dan Gemas.
"Bagi laluan Gemas - KL Sentral - Butterworth dan Gemas - KL Sentral - Padang Besar pula, penumpang diaturkan menaiki tren ETS dari KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan seterusnya dibawa menaiki bas ke Stesen Tanjung Malim untuk meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing, dengan menaiki tren ETS di laluan yang tidak terjejas," katanya.
Mohd Rani berkata untuk penumpang yang berhasrat tidak meneruskan perjalanan, mereka boleh mendapatkan pemulangan segera tambang melalui KTMB Wallet, namun perlu berhubung dengan kakitangan syarikat itu di stesen melalui Pusat Panggilan KTMB (03-22671100) atau melayari laman sosial media KTMB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 13 2023
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin (dua, kanan) mengadakan sidang media hari ini. - Foto Bernama
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Iran berkabung tiga hari
Iran memulakan tempoh berkabung tiga hari susulan kematian Presidennya, Ebrahim Raisi yang terlibat dalam nahas helikopter pada Ahad yang turut mengorbankan Menteri Luarnya Hossein Amirabdollahian.Rakyatnya menyatakan kesedihan terhadap pemergian pemimpin mereka yang dikatakan berjasa dalam memelihara tembok keselamatan negara dari peperangan di rantau bergolak itu.
Ebrahim Raisi, Hossein Amir-Abdollahian individu penting perjuang isu Palestin
Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan menteri luarnya, Hossein Amir-Abdollahian disifatkan sebagai antara individu penting dalam usaha masyarakat antarabangsa memperjuangkan isu Palestin.
Kerajaan jamin bawa pulang pegawai perubatan terkandas di Rafah
Kerajaan memberi jaminan akan membawa pulang pegawai perubatan di bawah MERCY yang terkandas di Rafah, Gaza.
Israel sekal laluan darat, situasi bertambah buruk
Sekatan Israel ke atas laluan darat melumpuhkan kemasukkan bekalan kemanusian ke Gaza dan dijangka memburukkan lagi situasi semasa di Gaza.
Tragedi kren tumbang kekal terpahat dalam ingatan
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi.
Banglo 99 pintu belum diwarta sebagai bangunan warisan
Bangunan Banglo 99-Door Mansion di Jalan Byram, Nibong Tebal tidak dapat melalui proses pewartaan sebagai bangunan warisan kerana pemiliknya belum mengemukakan sebarang permohonan setakat hari ini.
Kren produksi filem tumbang timpa banglo 99 pintu
Sebuah kren yang dipercayai digunakan oleh produksi filem dilaporkan tumbang dan menimpa banglo 99 pintu yang terletak di Jalan Byram di sini, pada Jumaat.
Kecuaian kontraktor punca kren tumbang atas landasan kereta api - Anthony Loke
Kecuaian kontraktor projek parkir bertingkat dikenal pasti sebagai punca insiden kren binaan tumbang atas landasan antara antara Rawang dan Kuang pada 12 Disember lalu.
Kren tumbang: Perkhidmatan komuter, ETS kembali pulih
Tren komuter pertama bernombor 2301 telah memulakan operasi seawal 5.05 pagi tadi dari stesen Tanjung Malim ke KL Sentral.
Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB
Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren tumbang, sedang giat dijalankan.
Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang
Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.
17 terbunuh dihempap kren di tapak pembinaan
Insiden berlaku berhampiran Shahapur di daerah Thane, kira-kira 71 kilometer (km) ke timur laut Mumbai.
Kren kontena tumbang dilanggar kapal kargo, pekerja pelabuhan cedera
Rakaman menunjukkan kren yang tumbang itu menghentam kren lain serta timbunan kontena yang terletak berdekatan.
Insiden kren gantri SUKE: Rasuk konkrit boleh jatuh jika mangsa tersepit dikeluarkan
Pihak penyelamat boleh mengangkat kren gantri tersebut untuk mengeluarkan mangsa, namun enam beam kemungkinan akan jatuh.